Bertemu kembali kita..
Kalau dulu, blog ini wujud sebab assignment.
"Yeap, assignment."
Dulu anis ada task subjek Sains Komputer dekat matriks Selangor. Tak silap tahun 2017 dan 2018. Setahun dekat sana. Task dia kena buat blog. Cipta entri dalam Bahasa Inggeris. So, dah settle part tu.
Tapi sejak masuk UKM, Bangi, ada subjek Penulisan Kreatif oleh pensyarah Dr. Mawar. Maka, kena tulis sebarang ilham atau idea dalam blog ni. Sebab tu banyak tu entri dalam blog ni mengenai idea-idea dalam cerpen tu. 10 muka surat full pages! HAHAHA. (Sebenarnya tak pernah sangka one day anis akan cipta sebuah cerpen) Best!
Korang nak tahu, cerpen ASHVAX 512 hari tu kan, terpilih untuk diterbitkan dalam majalah Siswa tau! Keluaran Ogos 2020. Alhamdulillah. selepas 5 bulan macam tu, baru anis dapat emel daripada DBP untuk diterbitkan.
Anis tak sangka tau time tu anis berjaya publish cerpen. Sebenarnya cerita tu panjang lagi. Tapi anis terpaksa tutup cerpen dengan mimpi semata. Komander tak mati tau. Eh! macam ter-tease pula. hahaha.
Ada juga pembaca yang suruh anis sambung cerpen tu. Inshaa Allah one day okies! Memang dah ada niat nak publish cerpen lagi. Kot-kot one day dapat cipta novel pula kan? Macam Aisyah Hijanah dan Alif Teega. Amiiin.
Comments
Post a Comment