Aku tersentak dengan kata- katanya, tanpa membuang masa, aku terus bangun daripada katil yang sudah bersedia membawaku ke alam mimpi dan membuka komputer ribaku untuk memulakan coretan.
"Aku tercabar! Ya, tercabar." hatiku bicara.
Dengan kata- katanya tadi telah membuatkan aku membuka mata dan minda untuk cuba merealisasikan benak yang abstrak kepada madah yang konkrit. Impian baru pula muncul tatkala aku sedang bermadah dalam keheningan malam dan kesejukan angin kipas.
"Aku bukan sesiapa, aku bukannya penulis, inikan pula seorang puitis mahupun persyair. Aku hanya orang biasa yang berusaha mempelajari ilmu baru. Aku boleh! Anis boleh! ".
Pahit yang ku rasa tidak sama dengan pahit yang lain. Begitu juga dengan manis, sakit dan masam. Aku ibarat burung layang- layang yang kecil terbang bersama angsa yang indah. Tidak dipandang malah menjadi bayang sahaja. Tidak pula terbang laju dan kadang menjadi sangat perlahan.
Bagiku, butiran kata ikhlas 'aku hanya orang biasa' sangat bermakna dan terjahit dalam jiwa. Jika dibandingkan dengan yang lain, aku sangat kerdil dalam bidang ini. Masih bertateh dan merangkak manakala yang lain sudah pandai berlari.
"Anis, kau tak boleh kalah. Kau mesti seiring dengan mereka malah lebih lagi. Gagal sekali tidak bermakna kau gagal selamanya. Bangkit. Bangkit Anis!".
Waktu ibarat air sungai yang sentiasa mengalir. Tidak akan berpatah balik dan terus pergi tanpa kembali.
Aku berpegang teguh dengan bait kata "satu- satunya kegagalan adalah dengan tidah MENCUBA".
ReplyDeleteGagal disebabkan kita mencuba itu lebih baik daripada kita gagal mencuba
ReplyDeleteTerima kasih captain 🌟
DeleteHidup terlalu singkat untuk berperang dalam kekecewaan, ayuh genggam jemariku, bangkit bersama dan jangan tenggelam bersama kelemahan yang nyata. Terima kasih atas perkongsian��♥️
ReplyDeleteAkan ku bangkit hanya untuk menggenggam jemarimu nanti. Terima kasih nana. hahaha
DeleteSdr Anis
ReplyDeleteSaya tunggu entri seterusnya!
baik dr. Terima kasih ;)
Delete