The 22 Best Writing Tips Ever

Saya amat berbesar hati untuk berkongsi pautan Brian Clark di CopyBlogger iaitu  https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever  yang  telah mengemukakan sebuah isu mengenai teknik penting dalam menginspirasikan penulis blog.

Brian telah mengeluarkan beberapa senarai panjang mengenai tip- tip menghasilkan penulisan yang baik. Kebanyakan daripada tip- tip tersebut merupakan keperluan bagi setiap penulis dalam menjadi seorang penulis yang cakna terhadap persekitaran dan boleh mengaplikasikannya dalam penulisan masing- masing di mana jua kita berada.

Antara tip- tipnya ialah menulis sahaja apa yang terlintas di dalam fikiran. Ini kerana awalnya setiap penulis merupakan seorang pembaca. Kedua, menyediakan satu buku kecil khas yang boleh dibawa kemana- mana. Seterusnya, jadilah seorang pemerhati dan sensitif dengan sekeliling. Tambahan pula, elakkan menunda sekiranya hendak menulis. Kemudian, jadikan menulis itu sebagai hobi sehari- hari. Keenam, menyediakan satu tempat khas dalam kediaman yang hanya digunakan untuk menulis diari. Akhir sekali, teruskan menulis dan menulis.

Sangat banyak tip- tip yang diberikan oleh penulis. Tip diatas merupakan sebahagian yang boleh saya cungkil dan tanam dalam diri. Saya amat tertarik dengan tip- tip yang telah diberikan sekaligus memberikan semangat kepada saya untuk mengamalkannya dalam proses mencapai impian dalam menjadi seorang penulis berjaya dan berkerjaya.

Comments